Thursday, August 20, 2009

survey iteww..

haha dah dua kali mama dpt emel dr budak nih, die wat kajian la nie, sian betul sebab mama mls nk reply, lgpon kang dienye survey pening coz mama da jadi dummy pulak, ahahaha tapi mama reply jugakla tadi, huhu..seblum ni lecturer pon ade gak emel camni, nak tau ade tak student statistik yg menganggur, yee mmg ade, sape lagi kalau bukan mama balqissss, agagaggagaa seronoklah jadi penanam anggur yg berjaya nih..hihi


Kepada;

Pelajar-pelajar berkelulusan Bsc.Statistics

Saudara/saudari,

SOAL SELIDIK TERHADAP PEKERJA BERKELULUSAN IJAZAH SARJANA MUDA STATISTIK DARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Sains (Statistik Gunaan), Nurul Hafizah Binti Azizan ingin menjalankan kajian bertajuk “The Impact of Statistics’ Graduate Academic Performance on Their Ability to Handle Statistical Work”. Kajian ilmiah ini adalah salah satu syarat kepada pelajar bagi memenuhi keperluan program. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan pencapain akademik pelajar terhadap masa depan kerjaya mereka.

Sehubungan itu, diharap saudara/saudari dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan kajian ini dengan menjawab soal selidik berikut. Untuk memudahkan saudara/saudari, soal selidik ini bolehlah dijawab dengan hanya BOLD kan jawapan atau mana-mana cara yang memudahkan saudara/saudari menjawabnya. Maklum balas terhadap soal selidik untuk kajian ini boleh diberi dalam masa 2 minggu, sehingga 4 September 2009.

Untuk makluman, laporan akan ditulis secara umum, nama individu tidak akan dinyatakan dan segala maklumat yang diperolehi dari kajian ini akan dirahsiakan dan tidak akan digunakan untuk tujuan lain.

Kerjasama dan perhatian yang diberikan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

Nurul Hafizah Binti Azizan (013-9353116)
Ijazah Sarjana Statistik Gunaan
Fakulti Sains Komputer & Matematik
Universiti Teknologi Mara,Shah Alam

em seronok pulak mama tgk budak ni wat master, rindunye nak buat survey2 camni...huhu xpela lain padang lain belalang lain rezeki, ewahhh

oh apekah??

No comments: